Sunday, August 11, 2013

Ya Allah ,ya tuhanku ,
terima kasih sebab panjangkan umurku Ya Allah .
terima kasih sebab berikan aku kesihatan diri Ya Allah .

Aku hambaMu yang lemah ya Allah ,
kau panjangkanlah umur ibu aku yang telah melahirkan dan membesarkan aku 
sehingga ke hari ini,
panjangkanlah umur ibu aku yg telah memberi makan kepadaku ya Allah ,
panjangkanlah umur ibu aku yang tahan melayan karenah aku yang jahil ini ya Allah 

Berikanlah aku peluang untuk membalas jasa ibu ku ya Allah ,
Berilah peluang untuk ibu aku melihat kejayaan ku 
Berilah aku peluang untuk berjasa kepada ibu ku ya Allah .

makbulkanlah permintaan aku ini ya Allah ,
Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah dan memerlukan ibu .
Panjangkanlah umur ibuku ya Allah .
Amin ,amin Ya Rabbal A'lamin 

Saturday, June 29, 2013

ADAPTATION

Sekarang saya dalam proses mengadaptasi JATI DIRI 

* Belajar BERDIKARI 
*Belajar macam mana nak manage DUIT SENDIRI 
*Belajar manage MASA SENDIRI 
*Belajar SEGALA-GALANYA ,semuanya atas inisiatif SENDIRI 

Its all on your own.If you wanna achieve the glorious here and hereafter , then you should be proud to be a HUMAN where you can learn to adapt something new in your life on your OWN .

Monday, June 24, 2013

Kerinduan Dalam Dingin Jerebu ;')

  • Rindu MAMA
  • Rindu SITI
  • Rindu AZIAN
  • Rindu ATUK
  • Rindu PUTEHH .


Doakan kami kat sini agar berjaya dalam pelajaran dan sentiasa dalam redha Allah .

Wednesday, May 8, 2013

One Step Ahead



Dari hari ke hari aku 
Semakin membesar ,
dan semakin ;

# matang .
# dewasa .
# boleh berdikari
# bebas
# banyak bebanan 
#banyak peranan
#banyak yang perlu dilaksanakan

Tiada lagi zaman aku perlu untuk terkinja-kinja (zaman remaja) .
Aku perlu "One step ahead "  
Begitu juga dengan pemikiran aku .




#Sedarlah wahai anak muda ,peranan kita terlalu 
banyak untuk difikirkan kerana kita penggerak masa kini 
dan PENERAJU pada masa hadapan .


Monday, May 6, 2013

Haroro Grad's DAY :)

Sweet 18's # Graduan Muda :) ~ 

    
Kenangan yang takkan aku lupakan :) 
Terima kasih kawan-kawan .
Entah bila kita bole jumpa lagi  .




HARI KAMI 
H.E.R.O.I.N.E.S Graduation Day !


Kenangan yang dibina walaupun tak sampai 24 jam ,aku tetap akan simpan dalam mindbox aku
dan yang paling penting aku akan simpan space untuk H5 dalam HATI AKU ~


Semoga Kejayaan Menanti kita semua kawan-kawan~



Ya Allah ,
Walau kemana hala tuju kami semua selepas ini ,
Bantulah kami dalam setiap langkah kami ,
Berkatilah setiap langkah kami ,

      Jika cabaran yang kami tempuh ,
Berikanlah kekuatan untuk kami harungi Ya Allah ,
Berikanlah kedua ibu bapa kami peluang untuk melihat kejayaan kami
dan berikanlah kami kesempatan untuk 
membalas jasa kedua ibu bapa kami serta guru2 kami 

Amin ,amin ya rabbal a'lamin

Friday, April 26, 2013

Naik Semangat BALIK !


Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali,malah menguasai dunia!!
1)Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!
  Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang   “tiada harapan”!
2)F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai   sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!
3)Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea.
4)Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!
5)Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!
6)Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.
7)Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.
8)King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.
9)Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.
Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita dek kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita”

Matluthfi Terchentaa

Pesanan untuk semua : -

Yang masih 'kecil' kategori belum cukup umur nak mengundi ,kita hendaklah BELAJAR .Jangan banyak bercakap tentang politik kerana kita sememangnya masih belum cukup umuq nak p mengundi .Kang tak pasai-pasai kena sembuq ngan orang laen dek kerana ilmu kita yang sikit.

Yang sudah cukup umuq nak mengundi ,p lar mengundi .pangkah elok-elok semua ! .Buat pilihan yang terbaik untuk Malaysia..Kami semua support anda dari belakang walaupun aku tak berapa nak support.haha