Tuesday, April 23, 2013

Hamba berdosa

Setiap hari yang dilalui kita semua mesti ada juga terpalit dosa-dosa yang meminta untuk dibersihkan dari dalam jiwa kita .


Aku mengaku semua manusia tak sempurna dan pernah melakukan dosa tapi tak payah tengok jauh la.Dosa kita sendiri pun dah tak terhitung dah.Setiap hari aku mohon untuk diampunkan segala dosa yang telah aku perbuatkan .Menadah tangan kepada yang Esa dengan harapan dosa-dosa semalam dapat diampunkan.

Namun hari silih berganti ,dosa semakin banyak jua ku buat .Sebagai seorang manusia ,aku tak boleh terlepas daripada melakukan dosa sehinggakan aku berasakan bahawa yang salah sudah menjadi betul bagi aku.Bukan ka tanda kiamat itu pabila yang haram jadi halal dan yang halal jadi haram? .


Memang sudah nasib aku untuk hidup pada akhir zaman ini di mana kecanggihan teknologi yang tinggi serta perahan agama yang sedikit .Banyak cabaran yang perlu aku lakukan pabila menjadi anak muda akhir zaman ini.Jika dulu perjuangan para sahabat Nabi berperang untuk mempertahankan agama ,namun kami kini harus berperang dengan perasaan kami serta nafsu kami sendiri untuk mempertahankan agama kami .Agama yang menjadi pegangan hidup kami .Mana tidaknya.kadangkala kecanggihan teknologi pada masa kini seringkala membuatkan aku lupa kepada Sang Pencipta .

'Ya Allah ,
Ampunkan segala dosa-dosa kami Ya Allah
Berikan kami kekuatan untuk menempuh perang teknologi yang aku kira memerlukan semangat para pejuang para sahabat Nabi S.A.W demi mempertahankan agama kami.akhlak kami .'

Amin ,Ya Rabbal A'lamin 

Tolong Ya Allah jauhkan kami semua daripada maksiat duniawi .

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana leave komen :D
Ilebiuuu la <3