Tuesday, April 2, 2013

Si Colour Blocking

Assalammualaikum semua :)

Hampa nak tau tak siapakah  si Colour Blocking nehh meh sini hampa tengok muka dia yang mana bagi aku  kecantikan dia lebih kurang sama dengan kecantikan aku :)


   wakaka ,,gambaq habeh besaq aku tayang kat hampa :) .Pesanan daripada penaja gambar ini hanya untuk tontonan umum.
Hah ambik nak,dia ni la Ipaa <3 SiColourBlocking :)
Tengok ja dia aku nak tergelak ,kenapa aku nak tergelak sebab dia ni banyak buat lucu maa.
Hampa nak tau dak dia neh satu mentor mentee ngan aku kat PLKN aituhh .ada satu hari tu cikgu tanya 

'Jika anda dapat  RM1Juta apa yang anda nak buat dengan duit tersebut'? 

Masa tu bukan men aku ngan yg len duk pikiaq perah otakk bhai nak buat apa ngan duit tuhh.Budak lelaki besa la dengan fikiran depa yang 'maju' tu .

'Saya cikgu kalau dapat satu juta saya nak beli rumah ,beli kereta,and the most important cikgu,,simpan duit sikit taruh buat kawen cikgu ' lepas tu senyum-senyum kerang busuk .

.Yang budak pompuan pulak aci ayu gitew,,

'Saye kalau dapat duit satu juta insyaAllah nak bawak parents pergi haji,beli kereta ,beli rumah ,nak sedekah kat rumah kebajikan sikit lepastu yang lebih tu simpan '
Haram nak sebut pasai kawen tak pasai2 kena boo kat budak lelaki .Sampai turn aku ,aku ingat nak cakap benda yang nampak gah sikit,cakap macam gaya profesor tengah bg lec sikit tapi disebabkan kesuntukan masa aku cakap pun aci tibai ja. Tapi tu bukan main point kat sini .Aku nak cerita pasai Ipaa neh.Hampa tau dia tidoq masa dalam mentor mentee tuh ,lepas tu cikgu pun panggil dia dengan suara serta muka yang tak puaih hati .

'Haihh ,awak yang muka macam tu tuhh ,cerita sikit awak nak buat apa dengan duit satu juta awak'?.Cikgu bertanya dengan sinisnya

Dia pun bangun dengan muka yang malaih tu,dengan tanpa nada ,lancar dia menuturkan 

'First saya nak bawak parents p haji ,second saya nak gunakan untuk besarkan surau kem neh'


Cikgu pun berhenti sejenak .Aku yang neves sebab present tadi tengok dia teruih gelakk.

'Emm,memang surau kita sempit pun ,tambah2 ruangan wirawati ,bukan apa kita dah mintak dengan kerajaan tp still tak diluluskan '


Tamat la mentor mentee kami petang tuh,sambil angkat kerusi nak balik kat meja makan kami untuk dinner aku kata 

'Ang terbaik la Ipaa,,ngantuk2 tapi idea ang superbb' :)

Nak dijadikan cerita ,Ipaa nehh lawak memanjang sampaikan kita pun tak perasan yang dia neh serius ke tak :) 
Aku suka kawan dengan dia .
Aku harap perukuwahan yang ikhlas kami bina ini diredhai oleh Allah .





3 comments:

Terima kasih kerana leave komen :D
Ilebiuuu la <3